Rabu, 16 Mei 2018

Tips Bercuti Ke WP Labuan

Hello uolz...salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Untuk kali ni iolz nak gtau sikit pasal satu tmpt yang agak rare orang ketengahkan (padahal kalau tanya kat google berlambak je yang kuar pasal tempat ni) dan tak kurang jugak dengan berlambaknya org misplace tentang tempat ni....

Rata-rata kebanyakan orang masih menganggap Wilayah Persekutuan Labuan  adalah salah satu daerah di sabah..mungkin disebabkan di dalam peta jarak wp labuan tu x smpi pun 1 cm dari peta negeri Sabah... cubalar klu berani uolz berenang dari sabah ke labuan..berapa hari baru sampai...

Sebenarnya labuan telah dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan pada tanggal 16 April 1984 tetapi sambutan hari wilayah masih disambut pada 01 Feb setiap tahun bersama dengan abg sulung WP KL dan Adik Bongsu WP Putrajaya... jadi ingat ye uolz..kalau uolz ada rakan daripada WP Labuan, tolong lar jangan ckp dengan dia..ooo dari sabah lar ni...WP Labuan  were not a part of Sabah anymore tapi still bersaudara dengan sabah..

Klu uolz inginkan percutian yang rileks..jauh daripada stress kesibukan kota tapi x nak bercuti masuk hutan...boleh lar masukkan Pulau Labuan sebagai salah satu destinasi uolz... tarikan utama sektor pelancongan adalah tinggalan sejarah daripada peperangan dunia ke 2 dan juga keindahan panorama sunset di wp labuan...n ada several gugusan pulau di sekitarnya... which is salah satu pulau tersebut dah Iolz masukkan dalam entry tahun lepas....

so before iolz share entry tempat-tempat yang menarik kat labuan, ni iolz kongsi sikit tips as a introduction to WP Labuan untuk uolz... hahahaha..

1. Sesampai nyer uolz ke labuan..invest lar sikit untuk sewa kereta sbb pengangkutan awam kat labuan tidak segah kat KL... dan memandu di Labuan tidak memerlukan waze..sebab pusing-pusing nanti uolz akan jumpa jugak jalan balik..
2. Cara hidup orang labuan adalah free & easy..so uolz jangan bengang atau hon kereta orang depan uolz wlupun dia memandu 60 km/j di lorong kanan..PERINGATAN..membunyikan hon di labuan adalah tanda bertegur sapa sesama kawan... bukan sebagai memberi amaran..sesungguhnya membunyikan hon boleh disifatkan sebagai kurang sopan
3. Harga makanan & minuman di labuan dikategorikan sebagai mahal..jangan tekejut kalau minum milo ais harga RM3.00 kat kedai biasa-biasa (definisi kedai biasa-biasa tu terserah korang mcmana nak tafsirkan.. :P)
4. Kedai melayu,cina dan india adalah halal kecuali di pintu masuk tertera serve pork tapi sangat lar sikit kedai yg serve pork..so its ok to dine in kat mana2x restoran kat labuan ni
5. Orang labuan menggunakan bahasa kadayan/melayu brunei... jangan cuba untuk menggunakan bahasa indonesia ketika membeli belah... guna bahasa melayu sudah.. para peniaga di labuan cukup memahami bahasa melayu cuma pertuturan masih dlm dialek tempatan
6. Jam 8 malam..bandar labuan dah sunyi kecuali kat beberapa tempat (uhuk2x).. so klu nak beli barang semua better pergi sebelum jam 7 malam... tp x lah semua kedai tutup..cuma keadaan persekitaran agak sunyi.


Actually ada lagi beberapa tips lain.. tp tunggu lah kat next entry ya..iolz akan introduce kat korang one by one tempat2x menarik kat labuan...

sekian dari dapur pengarang

Khamis, 2 Februari 2017

Bersantai di Pulau Kuraman,WP Labuan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..cehhh..lama giler x update blog ni..besar dah labah-labah bersarang..so kali ni iolz nak citer sket aktiviti sewaktu cuti tahun baru cina hari tu ngn kengkawan kat kampung..

utk aktiviti kali ni, kitorang memilih pulau kuraman (info) sebagai destinasi lepak-lepak kali ni.

Sebenarnya terdapat agensi pelancongan yang menawarkan pakej ke pulau kuraman tapi korang kena gigih sikit cari sebab x bnyk promosi kat laman web. Tapi disebabkan ni kira gathering kitorang kengkawan yang lama dah x jumpa wlupun sekampung sebab masing-masing busy dan berhijrah ke tempat lain, kitorang pilih untuk pergi ke kuraman dengan arrangement sendiri.

Please take note kitorang boleh buat arrangement sendiri sebab ada member yg ada perahu dan boleh bawak bot, and x recommended klu korang nak terjah sendiri sebab keadaan laut kat sana agak bergelora.

Pulau kuraman ni xde bekalan elektrik dan air,apatah lagi kedai runcit ...jadi klu nak pergi sana bawaklah bekalan makanan dan air bersih yang secukupnya..

klu nak buang air, tandas ada dekat pondok kawalan, boleh pinjam dengan pengawal yang menjaga pulau tu..

Pulau ni termasuk dalam kawasan taman laut, jadi segala aktiviti memancing, nak kutip-kutip kerang dan aktiviti-aktiviti yang seumpamanya adalah dilarang...nanti brader2x pengawal tu akan datang tanya apa aktiviti yang kita buat..

dan yang paling penting, jangan buang sampah merata tempat..sila bawa plastik sampah dan bawa balik sampah ke labuan(erkk..daratan ke tanah besar,yang penting bawak je lah sampah tu balik)

dan ada juga gelanggang bola tampar pantai kat sana..boleh lah bawa bola ..boleh buat liga bola tampar pantai kat situ..wakakaka


Pagi sepatutnya gerak jam 7 pagi dari pantai UMS KAL tapi disebabkan air surut, kitorang bertolak jam 8 pagi..ingatkan flight je pandai delay kan..sebab bot ni kecik so kena buat dua trip...



Tujuan utama datang sini nak BBQ, dan rupanya tempat untuk BBQ tu ada kat pulau ni..jadi kalau korang nak pergi..bawa dawai tempat nak BBQ pun cukup..tapi klu nak bawa pun ok,,sebab ada satu je sebenarnya..just in case ada group lain..korang tak perlu lah berebut nak guna kan

antara menu tuk kali ni ayam dan ketam, tiada dalam gambar udang,sotong,sosej,ikan dan lobster (ok..yang ni tipu)
Nampak tak macam pondok kat belakang tu, tempat tu boleh lah korang guna untuk letak barang..dan sebenarnya..ada gak meja-meja diperbuat daripada kayu disediakan..siap ada buaian lagi..tp lupa nak ambik gambar..wakakaka..next time klu pergi iolz tangkap ekk..





ni dah kat hujung tanjung pasir tu..jauh gak nak jalan ..dalam 500 M kot

Ini adalah antara pemandangan yang boleh korang rasa klu datang sini, tempat ni org tempatan panggil tanjung pasir... boleh tahan panjang gak lah..klu korang jalan sampai kat hujung..boleh tengok pemandangan yang dipenuhi dengan pelantar minyak..dan uniknya..kat sini lah pertemuan ombak...so kat pulau kuraman ni..sebelah dia tenang dan sebelah lagi laut dia bergelora..ikut keadaan angin

Selain daripada BBQ, korang boleh lah mandi manda tp klu nak snorkelling kat tepi pantai ni..xde batu karang sangat maksudnya xdelah korang fefeling nak rasa macam kat manukan tu,hahahha...tempat ni x di develop sangat..tapi klu nasib korang baik..boleh jkumpa anak-anak jerung yang datang nak bermanjah-manjah kat tepi2x tu...

nak dipendekkan cerita..klu korang nak datang tuk berkelah n bersantai kat sini..memang best..n bawalah bola ke..apa ke..main game ke,,,sementara nak tunggu matahari redup tuk berendam ala2x duyung (ke dugong)


tuk bajet plak kitorang collect RM 30 sorang..so dapat lah

Ikan-1.5 Kg
udang-1 Kg
Ketam-1 Kg
Sotong-1 Kg
Ayam - 2.2 Kg
sosej- 8 pek
Air sirap free flow smpi ptg tp x hbs pun
Air berkarbonat
Nasi
Arang 2 pek (tp guna 1 pek sebab bnyk kayu kat sana)

ingatkan makanan x cukup..sekalinya banyak giler lebihan..ketam x usik langsung pun..buat berat bawak balik je..wakakaka


Jam 4 kitorang dah gerak pulang..plan asal nak sunset kat pulau tp memandangkan keadaan laut yang bergelora..kitorang batalkan saja niat nak sunset kat pulau sebelum kena jadi Robinson Crusoe klu tak dapat balik...

sekian,dari dapur pengarang

p/s: klu ada yang nak buat trip ke sini..ajak lah kitorang

klu nak usha video2x ni pun boleh...









Tips Bercuti Ke WP Labuan

Hello uolz...salam sejahtera dan salam 1 Malaysia Untuk kali ni iolz nak gtau sikit pasal satu tmpt yang agak rare orang ketengahkan (pada...