Dari dapur single mingle hari ini membawakan uolz resepi simple
& easy untuk buat kek lapis chesse Oreo.... (datang bingai iolz ni... tu
yang tang tetiba rajin nak buat cake..nampak x betapa kebosannanya iolz)
untuk buat kek ni x perlu nak baking-baking bagai...cuma masuk
peti sejuk je....
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Satu pek biskut chesse crackers (untuk base)
2. 3 pek biskut oreo (tapi end up guna 1 1/2 pek je)
3. Chesse cheddar (guna separuh buku je)
4. 1 buku chesse philadelphia
5. 1 Tin Nestle cream (iolz dapat kat aeon mid valley)
6. 1/2 cawan gula halus (kalau rajin boleh lah hang kisar sendiri
gula tu)
7. Sedikit susu dutch lady full cream punya..,iolz beli kotak
besar sebab suka minum susu..sebenarnya kotak yang kecik tu dah cukup
kalau konpius boleh lar tngk gambar kat bawah ni...
Cara membuatnya..sangat mudah ....
1. Kisar biskut chesse tu sampai halus...
2. Setelah dikisar... masukkan tepung roti
ke dalam loyang atau bekas... then mampatkan dengan cara menekan sehabis
daya... iolz tekan gunakan sudu..tekan sampai rata...
3. Pukul (tapi jangan guna rotan..kang
masuk penjara habaq hang) chesse philadelphia,nestle cream dan gula halus
dengan kelajuam maksima selama 5 minit atau sehingga rata adunan tu..x yah nak
sukat guna timbang air..rata tu maksudnya..ermph...xdak ketul2x dalam adunan
tu...haaa..terms chef SEBATI
4. Setelah itu, letakkan adunan chesse ke atas base...
jangan telalu tebal dan jangan terlalu nipis..gunakan naluri masterchef uolz
dalam hal ini
5. Sementara itu, uolz kenalah membuang inti biskut oreo dahulu
sebelum meletakkan keatas chesse tadi. Sebelum meletakkan ke atas lapisan
chesse..biskut tersebut hendaklah dicelup 2 saat ke dalam susu dutch lady
(ingat tau..2 saat je)
6. Ulang step lapisan chesse dan oreo
sampai lah chesse korang tu habis..yang atas sekali wajib lapisan chesse.. tapi
ikut suka hang lar nak jadikan lapisan atas sekali tu biskut oreo
7. Dah siap,.letakkan dalam peti sejuk
dalam 6 jam klu uolz sabar..kalau x sabar cuba lar try kerat pas 2 jam dlm peti
sejuk... jangan letak kat freezer yer... kang makan kek ais plak uolz
8. untuk decoration dan menyedapkan lagi
rasa..boleh lar letak whip cream yer...
fefeling
sekejap rasa buat ala2x kek hari jadi
Senang kan uolz kek ni.. so mana lar tau klu nak mencuba buat
waktu CNY nanti nak bagi kat kolig atau kwn2x yang menyambut perayaan
tersebut... klu ada nak tanya apa2x drop je komen uolz..nanti kita sama2x cari
jawapannya yer..
sekian sahaja dari dapur single mingle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan