Sabtu, 28 Februari 2015

Taman Permainan....dulu & kini

knock knock .. tok tok semua..

best gak layan lagu Elizabeth Tan.. comel je sebutan RRRRR dia... memang terbaik lar... lirik yang sempoi tapi bermakna... #justsaying

tiba-tiba plak kan nak komen cara dia nyanyi...iolz x kisah sangat cara dia nyanyi..style masing-masing katanyer.. hahaha..

ok kelaut jap daripada apa yang iolz nak kopi-kopi hari ni.. cerita dia bermula begini..hari ni iolz tggu kawan iolz nak dtg rumah..jadi sementara menunggu dia sampai ..iolz duduk lah dekat beranda rumah iolz.. beranda a.k.a koridor rumah..nak gak fefeling flat ada beranda..hahaha

dijadikan cerita..iolz ni pun skodeng lar keadaan sekitar rumah dan menikmati pemandangan indah daripada beranda rumah tu.. seronok menskodeng sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.. iolz ternampak lar sekumpulan budak sedang bermain bola....



Biasa je kan benda ni..nothing interesting..sbb iolz percaya..dimana-mana pun akan nampak benda ni.. cuma apa yang iolz nak point out... kesian kat budak-budak ni.. dah lar bahaya takut kena langgar ngan kereta..pastu takut plak dorang ni tendang bola n then pecahkan cermin kereta orang...

Teringat zaman iolz kecik-kecik dulu.. seluas mata memandang tempat nak main bola ..bukan main bola je..apa2x permainan boleh .. nak main kejar-kejar klu x buat sempadan sampai seminggu tak dapat nak kejar ... kalau nak main sembunyi-sembunyi komfom ada yang hilang seminggu baru jumpa... siap ada yang kena sembunyi hantu kopek lagi... hahaha..klu ingat zaman kecik-kecik rasa nak stay je kat zaman tu... n rasa sangat bertuah dan bersyukur sebab sempat nak rasa taman permainan yang luas tanpa sempadan...

Sangat opposite dengan budak-budak ni..tempat tersangat limited..tapi itular harga yang kita perlu bayar kepada pembangunan..pro&cons kan... apa2x pun budak2x ni memang gigih nak mengamalkan gaya hidup sihat.. wlupun tempat yang x proper.. asalkan ada bola.. kat mana-mana pun boleh...

Kepada ibu bapa ...klu cuti sekolah.. hangkutlar anak-anak anda balik kampung.. bagilar dia rasa pengalaman sepertimana zaman kanak-kanak anda... jangan biarkan mereka terus tenggelam dengan gadget bila cuti sekolah...

sekian sahaja dari bilik pengarang.




Tiada ulasan:

Tips Bercuti Ke WP Labuan

Hello uolz...salam sejahtera dan salam 1 Malaysia Untuk kali ni iolz nak gtau sikit pasal satu tmpt yang agak rare orang ketengahkan (pada...