selamat bercuti panjang semua, ada pi mana2x tak cuti panjang ni....atau uolz semua duk berehat kat rumah je???
iolz baru je melepas gian memancing..lama giler tak memancing so bila ada cuti yang orang lain x cuti (cuti hari wilayah)..apa lagi...jom redah kolam pancing...destinasi menjadi pilihan iolz kali ni which is kali pertama ialah kolam memancing harmoni.. uolz boleh check it out FB Kolam mancing harmoni https://www.facebook.com/kolam.mancing.50?fref=ts ... kat fb ni uolz semua boleh tngk bila ikan dilepaskan n hasil2x pemancing yang memacak kat sana...
Kolam ni terletak kat Jalan 7,Pulau Meranti Puchong.. nak cari tempat ni x susah..cuma jangan terlajak tengok signboard dia... sebab signboard tu kecik noo n yang tertulis kat situ cuma Kolam Memancing... so kena alert lar.... klu nak guna waze tempat yang paling dekat boleh dijadikan as locator ialah LKIM... memang tempat ni x jauh dari sana...
kolam ini beroperasi setiap hari dari jam 7.30 am - 3.30 a.m
Tempat ni memang best terutama bagi pemancing yang dah pun bekeluarga sebab uolz boleh je hangkut anak bini/suami uolz memancing sekali sebab ada pondok yang disediakan tempat uolz memancing..plus kalau lapar...kemudahan kantin juga disediakan..
antara spesis ikan yang ada dalam kolam ni termasuklah rohu,pacu,patin,tongsan,tongsan sisik merah,tilapia n ada gak ikan haruan dan ikan ketutu
Bayaran yang dikenakan pun berpatutan gak..RM33/pax untuk 4 jam n hanya pemancing sahaja yang dikenakan bayaran....
Peraturan kolam ni iolz difahamkan sama je macam kolam2x yang lain
1. Penggunaan mata kail tidak melebihi 2mata dan jenis rambai tak boleh guna
2. organ dalaman haiwan x leyh guna
3. Ikan patin x leyh masuk jaring
4. Ikan 3 kilo ke atas x leyh bawak balik..tapi pihak kolam akan bayar semula
5. dan lain-lain lagi (iolz luper dah)... uolz baca lar sendiri....
as a noob dalam dunia pacak memacak ni... memang iolz target jadi bangau je kat kolam ni..lagipun matlamat utama cuma nak lepas gian memancing... dengan rasa segan dan silunya iolz pun membaling lar pancing iolz...umpan apa?? iolz guna udang je..hahahaa.. otai-otai kat sebelah semua guna umpan yang main perap2x tu...waktu tu macam nak sorok muka je dalam air kolam hahahha
tapi.... mungkin sebab datang dengan semangat yang berkobar-kobar Alhamdulillah...dapt gak memacu ikan pacu kat sini..siap ada double hook lagi..x jadilar nak selam muka kat air kolam...
so sapa2x yang nak memacu ikan pacu kat kolam ni..datang lar awal..iolz datang dalam jam 9.30 pagi n last ikan pacu yang didaratkan di kolam tu dalam jam 10.15 pagi..pastu ngan otai-otai kat sana semua dah membangau tunggu rohu plak...
ikan ni lagi noob sebab makan umpan pemancing noob
ibu pejabat kolam memancing harmoni
sekitar kolam memancing
rasa nak terjun je tngk air dia
kat bawah ni tempat persembunyian ikan tilapia dan ketutu.. sesuai untuk anak-anak uolz yang nak juga merasai tarikan ikan kat kolam ni
iolz sangat recommend tempat ni bagi pemancing-pemancing kolam yang belum lagi pernah memacak kat sini ataupun pemancing noob macam uolz untuk datang bertandang dan memeriahkan lagi kolam ini seterusnya meningkatkan ekonomi negara melalui sektor pancingan kolam :P.. iolz bagi 10 bomb286 tuk tempat ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan