hello brodar n sistah
Berminat x nak join satu program ni...seyesly x rugi klu bro &
sis nak cuba..BANYAK FAEDAH YANG AKAN DIPEROLEHI (makluman,ini bukan program
berbentuk MLM atau mana2x program yang berdaftar dengan AKTA JUALAN LANGSUNG
1993)... kalau berminat sila baca details kat bawah yer:
Syarat-syarat kelayakan
1. Terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur dari 13 tahun
hingga 40 tahun (x kisah warganegara mana layak mengikuti program ini)
2. Bukan orang kurang/kelainan upaya dan tidak hamil
3. Sihat tubuh badan dan tidak menghidap sebarang penyakit yang
boleh menyebabkan kematian secara mengejut.
4. Lulus peperiksaan UPSR atau mana-mana peperiksaan yang setaraf.
Jika brodar n sistah memenuhi syarat2x kelayakan di atas.... ANDA
lah yang sangat2x diperlukan untuk program ini...
Jangan risau.. program ni TIDAK MEMERLUKAN
1. Modal wang ringgit (tiada yuran akan dikenakan mahupun apa2x
charge yang tersembunyi)
2. Waktu bekerja yang tetap (suka hati uolz lar bila nak dtg untuk
program ni)
Cuma program ini memerlukan sedikit
1. Usaha
2. Sikap timbang rasa (consideration)
Senang bukan???
So iolz nak share apa program ni sebenarnya kat bro & sis....
Programnya adalah JOM NAIK TANGGA kat flat/apartment di rumah bro
& sis
Iolz cukup bengang ngan sis & bro yang cukup syarat seperti di
atas tapi kalau bab2x nak gunakan lif ni... dia pulak yang tolak mak cik pak
cik merempuh masuk ke dalam lif sambil gelak2x tengok phone......sian
iolz tengok ma&pa geng ni..dorang plak yang mengalah...
Menambahkan bengang tahap kalah lagu akim ahmad.. rupanya si
bro&sis ni naik ke TINGKAT 2 @ 3 ..whatttttttttttttttttttttttt??????
kemonlar..consider lar sikit orang yang tingkat 10 dan ke atas tu... klu lif tu
kosong sampai boleh baring golek2x xpelar kalau nak guna lif naik tingkat
1 pun..xde orang nak kisah
Ni tak..biar penuh berasak bersempit kat dalam lif.. yang penting
dia sampai tingkat 2..aiyoooo..manalar x rosak lif tu kan... sampai over limit
pun uolz gasak je...
Bukan lar nak menafikan hak bro & sis sekalian dalam
menggunakan lif ni..boleh ..x de masalah.. cuma ialah.. consider lar sikit
dengan orang yang kat tingkat atas2x tu... n beri lar keutamaan kat mok cik n
pok cik, .. mak mengandung.. n mak2x yang bawa budak2x kecik...
lagipun apa salahnya naik tangga... bersenam sikit .. nak-nak
dengan naik tangga akan membakar kalori 2x lebih cepat berbanding berjalan
tau..
so..brodar n sista yang dikasihi sekalian... fikir-fikir kan lah
yer...
sekian sahaja dari bilik pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan