entry kali ni iolz nak cer pasal trip iolz pergi memancing kat kuala selangor.. tapi nama tempat secara tepat nya iolz pun x sure hahha..jadi ambik je lar perairan kuala selangor...
Trip kali ni iolz diberitahu dalam 2 minggu before pergi...tp iolz tak bz siapkan barang2x pancing pun sebab orang yang ajak iolz tu yang sediakan semua...hahhaha...ahli2x komplot kali ni seramai 6 orang iaitu abg midi,abg man,abang malik,abg rizal,zul dan iolz selaku the only 2 series and maknae untuk trip kali ni.... dan ini lar juga kali pertama iolz jumpa ngan geng2x trip ni kecuali abg midi sebab kitorang sama ofis..tapi lumrah pemancing..memang akan cepat klik walaupun 1st time trip together-gether...itulah antara kebaikan daripada hobi memancing ...menambah kenalan dan merapatkan silaturrahim sesama pemancing...
we olz bertolak daripada selayang pada jam 5.30 pagi menuju ke Kampung Assam Jawa... menggunakan Highway Latar..perjalanan mengambil masa dalam setengah jam untuk sampai ke Masjid Kampung Assam Jawa... singgah solat dulu kat sana and membuang apa2x yang patut... lepastu bergerak ke pasar awam sungai buloh...pekena nasi lemak dulu dan Kopi O dulu..then iolz kena makan ubat tahan mabuk..sebab iolz ni memang jenis mabuk laut..dah selesai sarapan pergi plak beli umpan..untuk trip memancing ni...ikan tamban menjadi pilihan ketua trip iaitu abang malik..tamban sekilo seorang..selesai urusan pembelian umpan dan ais... wo olz pun bergerak lar ke tempat jeti tekong..Brader Yus..iolz ingatkan jauh lagi rupanya x sampai 5 minit pun jeti abg yus ni dari Pasar awam sungai buloh ni... so bermulanya pemunggahan barang2x tuk loading dalam perahu... iolz difahamkan perahu abg yus ni kategori dalam Kelas B yang boleh memuatkan sehingga lapan orang...
Tepat jam 8 pagi weolz pun bertolak menuju ke lubuk yang hendak dituju..iolz diberitahu untuk kali ni..we olz akan menyerang lubuk ikan gelama.. iolz sangat sangat sangatlah teruja sebab lama gila dah tak naik perahu untuk p memancing..klu kat kampung dulu memang selalu lar...sambil2x duduk dalam perahu ni..set up lar pancing dengan apa2x yang patut..kebetulan air waktu ni surut n takde angin..so air sangat tenang..so memang boleh nampak orang yang sedang cari kerang disebakan air yang surut tu...dan burung-burung canar yang berterbangan mengekori sampan nelayan...
burung-Burung camar yang terbang mencari rezeki
geng-geng penacri kerang
monyet pun ada
Tepat jam 9.00 pagi..weolz pun sampai ke lubuk yang dituju..masing-masing telah berada ditempat yang menjadi pilihan..iolz ngan abang midi ambik port bahagian depan perahu manakala yang lain2x semua kat belakang..biarpun bersesak kat belakang sebab kat sana ada bumbung..jadi x kena panas..belum sempat tekong weolz turunkan sauh..Abg man dah turun pancing dulu..hahahha..x sabor2x...n kerana dia yang dah turun pancing awal...maka dialah juga orang yang 1st sekali dapat ikan...tak sampai 3 minit... ikan gelama pertama didartakan oleh abg man...dan selepas itu bermulanya pesta ikan gelama..iolz ngan abg zul..1st timer dalam trip ni agak ketinggalan dari segi bilangan jumlah ikan yang didaratkan... asyik bersedekah umpan kat gelama tu disebabkan belum faham sangat rentak ikan gelama tu makan...
iolz ingatkan pesta gelama sampai ke petang rupanya membangau di tengahari..disebabkan ketiadaan angin dan perubahan arus..selepas jam 10 pagi... pengurangan secara mendadak jumlah gelama yang dinaikkan..hal ini disebabkan langsung tiada arus waktu tu...so rehat2x dahulu..bila arus dah mai semula...pesta gelama pun kembali bermula... paling riuh bila ada "gelama gigi tiga" atau ikan gelama jarang gigi didaratkan..kadang-kadang ada jugak sang duri tersesat mengena kat joran
hasil sehingga tengahari..satu tong dah penuh
Selepas waktu zohor angin mula bertiup angin sepoi2x bahasa.. iolz dah mula risau bila ada angin maksudnya air akan sedikit berombak..bila dah berombak..maka mabuk laut akan menyerang bila-bila masa... tapi dek kerana ikan yang menyerang tidak berhenti-henti..kebimbangan itu iolz tolak tepi dulu... sampai satu tahap.. iolz buang satu mata kail je sebab tak larat nak melayan dengan 2 mata kail..tangan dah mula lenguh..tiba2x abg zul yang tadi dok riuh kat belakang perahu datang kedepan..ingatkan nak join party bahagian depan plak..rupa2xnya...brader dah mabuk laut...sian plak dia....biarlah dia baring kat area depan ni ...iolz kena beralih sikit ke bahagian tepi plak... makin ke petang makin gasak plak ikan ni... double hook tu perkara biasa n abg rizal yang mencuba nasib menggunakan 3 mata kail berjaya untuk triple hook..disebabkan tangan iolz dah lenguh..iolz pun berehat lar sebentar..sebentar lar sangat...berehat sampai satu jam...memerhatikan otai-otai ni menggasak ikan gelama.. abg midi pun join sekaki berehat..x tahan nak layan penangan gelama ni..so sempat lar iolz snap-snap sikit waktu ni..
keadaan air yang semakin berombak disebakan angin semakin x menyepoi bahasa dah tiupannya
abg rizal...pantang mundur kecuali dah tarik sauh...tekun melayan tarikan gelama
abang man dengan double strike...senyum bang senyum..hahha
ikan terakhir hari ni..didaratkan oleh iolz
weolz bertolak pulang ke jeti pada jam 5 petang... dalam perjalanan pulang ni..iolz pun mengambil kesempatan untuk terdampar seperti dugong di bahagian depan perahu..menidurkan diri...sesampai di jeti..urusan unload barang dari perahu dan pembahagian hasil hari ni pun dilakukan..pembahagian dilakukan secara sama rata dan bukan ikut apa yang kau dapat itu kau punya..hahha..
Hasil keseluruhan trip kali ini....
Sebelum semua bertolak balik ke rumah masing-masing..acara kopi2x harus diadakan dahulu..abang zul yang baru je hilang daripada pening-pening lalat dia sangat rasa terkilan dan rasa rugi x menggasak sebelah petang ...iolz sangat rasa berterima kasih terutama abang midi kerana mengajak iolz menyertai trip pada kali ini..memang best giler n x rugi pergi trip sebab hasil yang sangat memuaskan.. dan semestinya kredit harus diberikan kepada tekong weolz yang sangat2x hebat dalam memburu lubuk ikan ni...trima kasih abg yus........
p/s: kepada sesiapa yang ada mabuk laut tu..make sure ambik ubat penahan mabuk yer..nanti rugi plak bila orang gasak kita tidur plak kat perahu
sekian sahaja dari bilik pengarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan