Sabtu, 7 Mac 2015

MEMANCING DI PERAIRAN KUALA SELANGOR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

entry kali ni iolz nak cer pasal trip iolz pergi memancing kat kuala selangor.. tapi nama tempat secara tepat nya iolz pun x sure hahha..jadi ambik je lar perairan kuala selangor...

Trip kali ni iolz diberitahu dalam 2 minggu before pergi...tp iolz tak bz siapkan barang2x pancing pun sebab orang yang ajak iolz tu yang sediakan semua...hahhaha...ahli2x komplot kali ni seramai 6 orang iaitu abg midi,abg man,abang malik,abg rizal,zul dan iolz selaku the only 2 series and maknae untuk trip kali ni.... dan ini lar juga kali pertama iolz jumpa ngan geng2x trip ni kecuali abg midi sebab kitorang sama ofis..tapi lumrah pemancing..memang akan cepat klik walaupun 1st time trip together-gether...itulah antara kebaikan daripada hobi memancing ...menambah kenalan dan merapatkan silaturrahim sesama pemancing...

we olz bertolak daripada selayang pada jam 5.30 pagi menuju ke Kampung Assam Jawa... menggunakan Highway Latar..perjalanan mengambil masa dalam setengah jam untuk sampai ke Masjid Kampung Assam Jawa... singgah solat dulu kat sana and membuang apa2x yang patut... lepastu bergerak ke pasar awam sungai buloh...pekena nasi lemak dulu dan Kopi O dulu..then iolz kena makan ubat tahan mabuk..sebab iolz ni memang jenis mabuk laut..dah selesai sarapan pergi plak beli umpan..untuk trip memancing ni...ikan tamban menjadi pilihan ketua trip iaitu abang malik..tamban sekilo seorang..selesai urusan pembelian umpan dan ais... wo olz pun bergerak lar ke tempat jeti tekong..Brader Yus..iolz ingatkan jauh lagi rupanya x sampai 5 minit pun jeti abg yus ni dari Pasar awam sungai buloh ni... so bermulanya pemunggahan barang2x tuk loading dalam perahu... iolz difahamkan perahu abg yus ni kategori dalam Kelas B yang boleh memuatkan sehingga lapan orang...


Tepat jam 8 pagi weolz pun bertolak menuju ke lubuk yang hendak dituju..iolz diberitahu untuk kali ni..we olz akan menyerang lubuk ikan gelama.. iolz sangat sangat sangatlah teruja sebab lama gila dah tak naik perahu untuk p memancing..klu kat kampung dulu memang selalu lar...sambil2x duduk dalam perahu ni..set up lar pancing dengan apa2x yang patut..kebetulan air waktu ni surut n takde angin..so air sangat tenang..so memang boleh nampak orang yang sedang cari kerang disebakan air yang surut tu...dan burung-burung canar yang berterbangan mengekori sampan nelayan...
burung-Burung camar yang terbang mencari rezeki
geng-geng penacri kerang
monyet pun ada 

Tepat jam 9.00 pagi..weolz pun sampai ke lubuk yang dituju..masing-masing telah berada ditempat yang menjadi pilihan..iolz ngan abang midi ambik port bahagian depan perahu manakala yang lain2x semua kat belakang..biarpun bersesak kat belakang sebab kat sana ada bumbung..jadi x kena panas..belum sempat tekong weolz turunkan sauh..Abg man dah turun pancing dulu..hahahha..x sabor2x...n kerana dia yang dah turun pancing awal...maka dialah juga orang yang 1st sekali dapat ikan...tak sampai 3 minit... ikan gelama pertama didartakan oleh abg man...dan selepas itu bermulanya pesta ikan gelama..iolz ngan abg zul..1st timer dalam trip ni agak ketinggalan dari segi bilangan jumlah ikan yang didaratkan... asyik bersedekah umpan kat gelama tu disebabkan belum faham sangat rentak ikan gelama tu makan...

iolz ingatkan pesta gelama sampai ke petang rupanya membangau di tengahari..disebabkan ketiadaan angin dan perubahan arus..selepas jam 10 pagi... pengurangan secara mendadak jumlah gelama yang dinaikkan..hal ini disebabkan langsung tiada arus waktu tu...so rehat2x dahulu..bila arus dah mai semula...pesta gelama pun kembali bermula... paling riuh bila ada "gelama gigi tiga" atau ikan gelama jarang gigi didaratkan..kadang-kadang ada jugak sang duri tersesat mengena kat joran
hasil sehingga tengahari..satu tong dah penuh

Selepas waktu zohor angin mula bertiup angin sepoi2x bahasa.. iolz dah mula risau bila ada angin maksudnya air akan sedikit berombak..bila dah berombak..maka mabuk laut akan menyerang bila-bila masa... tapi dek kerana ikan yang menyerang tidak berhenti-henti..kebimbangan itu iolz tolak tepi dulu... sampai satu tahap.. iolz buang satu mata kail je sebab tak larat nak melayan dengan 2 mata kail..tangan dah mula lenguh..tiba2x abg zul yang tadi dok riuh kat belakang perahu datang kedepan..ingatkan nak join party bahagian depan plak..rupa2xnya...brader dah mabuk laut...sian plak dia....biarlah dia baring kat area depan ni ...iolz kena beralih sikit ke bahagian tepi plak... makin ke petang makin gasak plak ikan ni... double hook tu perkara biasa n abg rizal yang mencuba nasib menggunakan 3 mata kail berjaya untuk triple hook..disebabkan tangan iolz dah lenguh..iolz pun berehat lar sebentar..sebentar lar sangat...berehat sampai satu jam...memerhatikan otai-otai ni menggasak ikan gelama.. abg midi pun join sekaki berehat..x tahan nak layan penangan gelama ni..so sempat lar iolz snap-snap sikit waktu ni..

keadaan air yang semakin berombak disebakan angin semakin x menyepoi bahasa dah tiupannya

abg rizal...pantang mundur kecuali dah tarik sauh...tekun melayan tarikan gelama
abang man dengan double strike...senyum bang senyum..hahha


ikan terakhir hari ni..didaratkan oleh iolz

weolz bertolak pulang ke jeti pada jam 5 petang... dalam perjalanan pulang ni..iolz pun mengambil kesempatan untuk terdampar seperti dugong di bahagian depan perahu..menidurkan diri...sesampai di jeti..urusan unload barang dari perahu dan pembahagian hasil hari ni pun dilakukan..pembahagian dilakukan secara sama rata dan bukan ikut apa yang kau dapat itu kau punya..hahha..
Hasil keseluruhan trip kali ini....

Sebelum semua bertolak balik ke rumah masing-masing..acara kopi2x harus diadakan dahulu..abang zul yang baru je hilang daripada pening-pening lalat dia sangat rasa terkilan dan rasa rugi x menggasak sebelah petang ...iolz sangat rasa berterima kasih terutama abang midi kerana mengajak iolz menyertai trip pada kali ini..memang best giler n x rugi pergi trip sebab hasil yang sangat memuaskan.. dan semestinya kredit harus diberikan kepada tekong weolz yang sangat2x hebat dalam memburu lubuk ikan ni...trima kasih abg yus........

p/s: kepada sesiapa yang ada mabuk laut tu..make sure ambik ubat penahan mabuk yer..nanti rugi plak bila orang gasak kita tidur plak kat perahu

sekian sahaja dari bilik pengarang.



Sabtu, 28 Februari 2015

Taman Permainan....dulu & kini

knock knock .. tok tok semua..

best gak layan lagu Elizabeth Tan.. comel je sebutan RRRRR dia... memang terbaik lar... lirik yang sempoi tapi bermakna... #justsaying

tiba-tiba plak kan nak komen cara dia nyanyi...iolz x kisah sangat cara dia nyanyi..style masing-masing katanyer.. hahaha..

ok kelaut jap daripada apa yang iolz nak kopi-kopi hari ni.. cerita dia bermula begini..hari ni iolz tggu kawan iolz nak dtg rumah..jadi sementara menunggu dia sampai ..iolz duduk lah dekat beranda rumah iolz.. beranda a.k.a koridor rumah..nak gak fefeling flat ada beranda..hahaha

dijadikan cerita..iolz ni pun skodeng lar keadaan sekitar rumah dan menikmati pemandangan indah daripada beranda rumah tu.. seronok menskodeng sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.. iolz ternampak lar sekumpulan budak sedang bermain bola....



Biasa je kan benda ni..nothing interesting..sbb iolz percaya..dimana-mana pun akan nampak benda ni.. cuma apa yang iolz nak point out... kesian kat budak-budak ni.. dah lar bahaya takut kena langgar ngan kereta..pastu takut plak dorang ni tendang bola n then pecahkan cermin kereta orang...

Teringat zaman iolz kecik-kecik dulu.. seluas mata memandang tempat nak main bola ..bukan main bola je..apa2x permainan boleh .. nak main kejar-kejar klu x buat sempadan sampai seminggu tak dapat nak kejar ... kalau nak main sembunyi-sembunyi komfom ada yang hilang seminggu baru jumpa... siap ada yang kena sembunyi hantu kopek lagi... hahaha..klu ingat zaman kecik-kecik rasa nak stay je kat zaman tu... n rasa sangat bertuah dan bersyukur sebab sempat nak rasa taman permainan yang luas tanpa sempadan...

Sangat opposite dengan budak-budak ni..tempat tersangat limited..tapi itular harga yang kita perlu bayar kepada pembangunan..pro&cons kan... apa2x pun budak2x ni memang gigih nak mengamalkan gaya hidup sihat.. wlupun tempat yang x proper.. asalkan ada bola.. kat mana-mana pun boleh...

Kepada ibu bapa ...klu cuti sekolah.. hangkutlar anak-anak anda balik kampung.. bagilar dia rasa pengalaman sepertimana zaman kanak-kanak anda... jangan biarkan mereka terus tenggelam dengan gadget bila cuti sekolah...

sekian sahaja dari bilik pengarang.




Ahad, 8 Februari 2015

AL-KISAH PROGRAM untuk L.I.F

hello brodar n sistah

Berminat x nak join satu program ni...seyesly x rugi klu bro & sis nak cuba..BANYAK FAEDAH YANG AKAN DIPEROLEHI (makluman,ini bukan program berbentuk MLM atau mana2x program yang berdaftar dengan AKTA JUALAN LANGSUNG 1993)... kalau berminat sila baca details kat bawah yer:

Syarat-syarat kelayakan

1. Terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur dari 13 tahun hingga 40 tahun (x kisah warganegara mana layak mengikuti program ini)
2. Bukan orang kurang/kelainan upaya dan tidak hamil
3. Sihat tubuh badan dan tidak menghidap sebarang penyakit yang boleh menyebabkan kematian secara mengejut.
4. Lulus peperiksaan UPSR atau mana-mana peperiksaan yang setaraf.

Jika brodar n sistah memenuhi syarat2x kelayakan di atas.... ANDA lah yang sangat2x diperlukan untuk program ini...

Jangan risau.. program ni TIDAK MEMERLUKAN

1. Modal wang ringgit (tiada yuran akan dikenakan mahupun apa2x charge yang tersembunyi)
2. Waktu bekerja yang tetap (suka hati uolz lar bila nak dtg untuk program ni)

Cuma program ini memerlukan sedikit

1. Usaha
2. Sikap timbang rasa (consideration)

Senang bukan???

So iolz nak share apa program ni sebenarnya kat bro & sis....

Programnya adalah JOM NAIK TANGGA kat flat/apartment di rumah bro & sis

Iolz cukup bengang ngan sis & bro yang cukup syarat seperti di atas tapi kalau bab2x nak gunakan lif ni... dia pulak yang tolak mak cik pak cik  merempuh masuk ke dalam lif sambil gelak2x tengok phone......sian iolz tengok ma&pa geng  ni..dorang plak yang mengalah...

Menambahkan bengang tahap kalah lagu akim ahmad.. rupanya si bro&sis ni naik ke TINGKAT 2 @ 3 ..whatttttttttttttttttttttttt?????? kemonlar..consider lar sikit orang yang tingkat 10 dan ke atas tu... klu lif tu kosong sampai boleh baring golek2x  xpelar kalau nak guna lif naik tingkat 1 pun..xde orang nak kisah

Ni tak..biar penuh berasak bersempit kat dalam lif.. yang penting dia sampai tingkat 2..aiyoooo..manalar x rosak lif tu kan... sampai over limit pun uolz gasak je...

Bukan lar nak menafikan hak bro & sis sekalian dalam menggunakan lif ni..boleh ..x de masalah.. cuma ialah.. consider lar sikit dengan orang yang kat tingkat atas2x tu... n beri lar keutamaan kat mok cik n pok cik, .. mak mengandung.. n mak2x yang bawa budak2x kecik...

lagipun apa salahnya naik tangga... bersenam sikit .. nak-nak dengan naik tangga akan membakar kalori 2x lebih cepat berbanding berjalan tau..

so..brodar n sista yang dikasihi sekalian... fikir-fikir kan lah yer... 

sekian sahaja dari bilik pengarang




Selasa, 3 Februari 2015

LAYER CHESSE OREO CAKE

Dari dapur single mingle hari ini membawakan uolz resepi simple & easy untuk buat kek lapis chesse Oreo.... (datang bingai iolz ni... tu yang tang tetiba rajin nak buat cake..nampak x betapa kebosannanya iolz) 

untuk buat kek ni x perlu nak baking-baking bagai...cuma masuk peti sejuk je....

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Satu pek biskut chesse crackers (untuk base)
2. 3 pek biskut oreo (tapi end up guna 1 1/2 pek je)
3. Chesse cheddar (guna separuh buku je)
4. 1 buku chesse philadelphia
5. 1 Tin Nestle cream (iolz dapat kat aeon mid valley)
6. 1/2 cawan gula halus (kalau rajin boleh lah hang kisar sendiri gula tu)
7. Sedikit susu dutch lady full cream punya..,iolz beli kotak besar sebab suka minum susu..sebenarnya kotak yang kecik tu dah cukup

kalau konpius boleh lar tngk gambar kat bawah ni...






Cara membuatnya..sangat mudah ....

1. Kisar biskut chesse tu sampai halus...




2. Setelah dikisar... masukkan tepung roti ke dalam loyang atau bekas... then mampatkan dengan cara menekan sehabis daya... iolz tekan gunakan sudu..tekan sampai rata...





3. Pukul (tapi jangan guna rotan..kang masuk penjara habaq hang) chesse philadelphia,nestle cream dan gula halus dengan kelajuam maksima selama 5 minit atau sehingga rata adunan tu..x yah nak sukat guna timbang air..rata tu maksudnya..ermph...xdak ketul2x dalam adunan tu...haaa..terms chef SEBATI







 4. Setelah itu, letakkan adunan chesse ke atas base... jangan telalu tebal dan jangan terlalu nipis..gunakan naluri masterchef uolz dalam hal ini

5. Sementara itu, uolz kenalah membuang inti biskut oreo dahulu sebelum meletakkan keatas chesse tadi. Sebelum meletakkan ke atas lapisan chesse..biskut tersebut hendaklah dicelup 2 saat ke dalam susu dutch lady (ingat tau..2 saat je)



 base,chesse dan biskut

6. Ulang step lapisan chesse dan oreo sampai lah chesse korang tu habis..yang atas sekali wajib lapisan chesse.. tapi ikut suka hang lar nak jadikan lapisan atas sekali tu biskut oreo

7. Dah siap,.letakkan dalam peti sejuk dalam 6 jam klu uolz sabar..kalau x sabar cuba lar try kerat pas 2 jam dlm peti sejuk... jangan letak kat freezer yer... kang makan kek ais plak uolz

8. untuk decoration dan menyedapkan lagi rasa..boleh lar letak whip cream yer...
 fefeling sekejap rasa buat ala2x kek hari jadi

Senang kan uolz kek ni.. so mana lar tau klu nak mencuba buat waktu CNY nanti nak bagi kat kolig atau kwn2x yang menyambut perayaan tersebut... klu ada nak tanya apa2x drop je komen uolz..nanti kita sama2x cari jawapannya yer..

sekian sahaja dari dapur single mingle


PISANG GORENG berCHESSE MELAMPAU

woot woot..hello-hello kopi ke milo??

hari ni iolz ada mood keibuan yang melampau... dari pagi sampai lar ke petang ada je yang nak dibuat ..dari masak tuk breakfast, cuci baju, kemas rumah, masak tuk lunch n petang masa untuk reward diri sendiri...turun lagi ke dapur bujang buat pisang goreng chesse. BTW, memang iolz salute lar kepada sesiapa yang bergelar ibu...penat giler kot buat benda semua ni plus iolz xde anak nak dijaga..memang super power lar insan yang bernama ibu..jadi ..kepada uolz semua.. bila last uolz ucap tq kepada ibu uolz.. kalau belum lagi..haaa..boleh wassap skrg (ibu2x skrg pun dah pakai wassap..jngn memain uolz)

idea nak menngoreng pisang ni sebenarnya tercetus bila tengok ada buah pisang kat atas meja lebihan daripada trip memancing iolz..kononya nak buat pisang sebagai umpan last2x nasib x jadi pokok semula buah pisang tu sebab x guna pun sebagai umpan... ikan pun ketawa tngk iolz baling pisang sbgi umpan...ikan dia high class uolz..nak makan umpan perap2x je....n then teringat plak ada lebihan chesse kat peti sejuk lepas buat chesse cake hari tu...

maka dengan lebihan-lebihan ini..terhasil lah resepi dapur bujang hari ni iaitu pisang goreng berchesse melampau...

bahan-bahannya:

1. pisang (apa2x jenis ikut suka hang lar)
2. Tepung gandum
3. chesse cream
4. susu pekat manis
5. chesse cheddar
6. garam dan gula secukupnya
7. air secukupnya
8. Minyak untuk menggoreng

*iolz ni main bancuh saja..xdok sukatan sangat..ikut naluri je uolz (pergh..ni kalau chef zubir dengar maunyer dia ambik iolz jadi juri masterchef)

cara membuat (pisang goreng)

1. masukkan air ke dalam tepung, sedikit demi sedikit dan kacaukan...buat sampai tepung tu xdak rupa tepung dah tapi jangan lar cair sangat...
2. masukkan garam dan gula secukupnya.
3. masukkan pisang yang dibelah 2 ataupun x yah belah(shaping ikut suka korang) ke dalam bancuhan tadi.
4. panaskan minyak.... dalam 5 minit guna api sederhana
5. masukkan pisang ke dalam minyak...goreng sehingga bewarna coklat keemasan

cara membuat chessee
1. tuangkan susu pekat manis ke atas  chesse cream
2. pukul sehingga sebati ..smpi xda ketul2x chesse tu (kalau xdok mixer boleh lar guna old school style yer..guna sudu)

tuangkan chesse keatas pisang yang telah digoreng.Parutkan chesse cheddar. Haaa..pastu boleh lar dimakan dengan orang-orang yang tersayang.

ini hasil iolz menggoreng petang ni

Selamat mencuba semua.....

Isnin, 2 Februari 2015

MEMANCING DI KOLAM HARMONI

Holla dan Salam Pacak 1 Malaysia

selamat bercuti panjang semua, ada pi mana2x tak cuti panjang ni....atau uolz semua duk berehat kat rumah je???

iolz baru je melepas gian memancing..lama giler tak memancing so bila ada cuti yang orang lain x cuti (cuti hari wilayah)..apa lagi...jom redah kolam pancing...destinasi menjadi pilihan iolz kali ni which is kali pertama ialah kolam memancing harmoni.. uolz boleh check it out FB Kolam mancing harmoni https://www.facebook.com/kolam.mancing.50?fref=ts ... kat fb ni uolz semua boleh tngk bila ikan dilepaskan n hasil2x pemancing yang memacak kat sana...

Kolam ni terletak kat Jalan 7,Pulau Meranti Puchong.. nak cari tempat ni x susah..cuma jangan terlajak tengok signboard dia... sebab signboard tu kecik noo n yang tertulis kat situ cuma  Kolam Memancing... so kena alert lar.... klu nak guna waze tempat yang paling dekat boleh dijadikan as locator ialah LKIM... memang tempat ni x jauh dari sana...


kolam ini beroperasi setiap hari dari jam 7.30 am - 3.30 a.m


Tempat ni memang best terutama bagi pemancing yang dah pun bekeluarga sebab uolz boleh je hangkut anak bini/suami uolz memancing sekali sebab ada pondok yang disediakan tempat uolz memancing..plus kalau lapar...kemudahan kantin juga disediakan.. 

antara spesis ikan yang ada dalam kolam ni termasuklah rohu,pacu,patin,tongsan,tongsan sisik merah,tilapia n ada gak ikan haruan dan ikan ketutu

Bayaran yang dikenakan pun berpatutan gak..RM33/pax untuk 4 jam n hanya pemancing sahaja yang dikenakan bayaran.... 
Peraturan kolam ni iolz difahamkan sama je macam kolam2x yang lain

1. Penggunaan mata kail tidak melebihi 2mata dan jenis rambai tak boleh guna
2. organ dalaman haiwan x leyh guna
3. Ikan patin x leyh masuk jaring
4. Ikan 3 kilo ke atas x leyh bawak balik..tapi pihak kolam akan bayar semula
5. dan lain-lain lagi (iolz luper dah)... uolz baca lar sendiri....


as a noob dalam dunia pacak memacak ni... memang iolz target jadi bangau je kat kolam ni..lagipun matlamat utama cuma nak lepas gian memancing... dengan rasa segan dan silunya iolz pun membaling lar pancing iolz...umpan apa?? iolz guna udang je..hahahaa.. otai-otai kat sebelah semua guna umpan yang main perap2x tu...waktu tu macam nak sorok muka je dalam air kolam hahahha

tapi.... mungkin sebab datang dengan semangat yang berkobar-kobar Alhamdulillah...dapt gak memacu ikan pacu kat sini..siap ada double hook lagi..x jadilar nak selam muka kat air kolam... 

so sapa2x yang nak memacu ikan pacu kat kolam ni..datang lar awal..iolz datang dalam jam 9.30 pagi n last ikan pacu yang didaratkan di kolam tu dalam jam 10.15 pagi..pastu ngan otai-otai kat sana semua dah membangau tunggu rohu plak... 
ikan ni lagi noob sebab makan umpan pemancing noob

ibu pejabat kolam memancing harmoni

sekitar kolam memancing

rasa nak terjun je tngk air dia
kat bawah ni tempat persembunyian ikan tilapia dan ketutu.. sesuai untuk anak-anak uolz yang nak juga merasai tarikan ikan kat kolam ni

iolz sangat recommend tempat ni bagi pemancing-pemancing kolam yang belum lagi pernah memacak kat sini ataupun pemancing noob macam uolz untuk datang bertandang dan memeriahkan lagi kolam ini seterusnya meningkatkan ekonomi negara melalui sektor pancingan kolam :P.. iolz bagi 10 bomb286  tuk tempat ni...

Jumaat, 16 Januari 2015

Rancang Percutian Anda di tahun 2015

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Pa khabar semua...muka ada senyum ..dah dapt BR1M kan..yang keja ngn gomen bonus pun dah dapat kan..haaa..apa lagi..jom lar kita p cuti-cuti Malaysia..hahha..kalau ada duit lebih yer dok??.. kepada yang bekeluarga tu mungkin boleh guna untuk menampung perbelanjaan anak-anak terutama yang dah bersekolah..al maklumlar..sekarang ni semua perlu duit...

Tapi bagi yang bujang atau kaki jalan.. tahun ni cuti umum kita ada umphh punya..banyak cuti am yang jatuh hari jumaat dan juga ahad....maksudnya...cuti panjang hujung minggu...ada jugak yang cuti terkepit..kalau uolz x cayer ni iolz ada sediakan jadual cuti..sila tatap terlebih dahulu yer..

Khamis, 15 Januari 2015

Resepi Ringkas Telur Bersos Cili

Salam Uolz..dah dinner belom? hari ni iolz datang mood malas masak tapi x selera plak makan luar...

jadi hari ni iolz masak simple2x je uolz.. iolz masak telur mata bersos cili.. sangat simple dan mudah.. yang paling penting bleh lar buat kenyang perut hahaha..

sebenarnya resepi ni x lari jauh pun dengan makan nasi kicap  berlaukkan telur goreng cuma nak olah sikit biar ada feeling2x kuah gitue..x nampak lar bujang trang trang punya masakan

bahan-bahan:

1 Biji Telur
Seulas bawang merah (dihiris)
Seulas bawang putih (dihiris).. bawang ni kalau malas nak hiris hempuk je pun xpe
2 sudu makan sos cili
garam secukup rasa
minyak secukupnya (utk goreng n tumis)

caranya:

1. Goreng telur tu sesuka hati uolz nak jadikan telur mata pun boleh..dadar pun boleh..nak up2x high class sikit..buat lar omelette.. gitueee.. dah siap ..letak dulu atas piring.. (lupa plak..panaskan minyak dulu yer...in case lar 1st time turun ke dapur)

2. panaskan minyak.. sikit je uolz minyak nyer..jangan over .. nanti x baik untuk kulit.Dah panas minyak tu.. masukkan bawang merah dan putih yang telah dihiris atau dihempuk, tumis sehingga naik bau...naik bau wangi k..jangan sampai naik bau hangus.

3. Masukkan sos cili tadi..kacau2x sat smpi mendidih..masukkan la garam secukupnya.

4. Tumpahkan kuah sos yang lazat itu ke atas telur yang telah digoreng..tadaaaa..dah siap

kan ..senang je uolz... 5 minit dah siap..kalau yang dah pro..kalau  yang macam iolz ni nak jugak smpi 10 minit baru siap.. jangan pandang rendah pada sos cili tau..inilar kuasa sos cili..masakan biasa x bertukar jadi luar biasa.. hahhaa..k bye.. selamat mencuba..

sekian saja dari dapur pengarang

p/s: lupa nak ambik gambar..tadi lapar giler..dah habis melantak baru ingat nak share kat blog..

Ahad, 11 Januari 2015

stresss..tekanannn..emoooo dan sepupu sepapatnya

Hello uolz... semoga uolz semua dalam sihat hendaknya..

cmana ngan hujung minggu uolz...mesti happening kan?? kalau x p mana2x pun myb uolz berkumpul dengan family uolz kan..having chit chat..gossip2x masalah negara.. persediaan anak2x sekolah..citer pasal bila bonus nak masuk n etc kan.. best gak klu hujung minggu ni kita berkumpul sesama family..sian ngn iolz... kena guna skype klu nak kumpul2x ngn family members..perantau katanyer... tu yang stresssss memanjang hahahaha....

bila kita cakap pasal tekanan..sebenarnya banyak sangat faktor penyebab tekanan ni... n baaaanyaaak sangat article tentang stress ni kan..sbb depression punya kadar kat malaysia ni mmg agak2x vogue jugak lar figure dia..jadi kenalar psikologist samada yang bertauliah atau pun semi pro dan tak ketinggalan acah2x kaunselor macam iolz ni mulalar sibuk nak  published paper n tulis blog berkaitan tips untuk handle stress.. hahaha..entry iolz kali ni x nak lar cakap nak bagi tips untuk menangani stress (padahal ke arah itu jugak sbnrnya).. tapi lebih sekadar perkongsian pandangan kenapa kita boleh mengalami tekanan...ingat yer ..kalau dalam blog iolz ni.. no scientific data needed.. just based on pandangan sebagai penulis bebas...

pernah x uolz tanya diri uolz kenapa uolz stress??n pernah x uolz terpikir perlu x uolz stress dengan sebab yang menyebabkan uolz stress??berapa banyak sebab daa.. stress nak baca...hahaha..

sapa pernah cuba kelip mata sat.....hahahahah

pada pendapat iolz setelah pemerhatian dengan orang di sekeliling dan di depan cermin...didapati bahawa ramai dalam kalangan orang yang suka sangat stresss ni mempunyai tendency untuk ada unnecessary stress..

apa itu unnecessary stress??ermphhh maksud dia.. mcmana ekk??ok senang cerita.. masalah orang pun jadi masalah uolz then at the end uolz yang stress.. kira macam benda tu xde kaitan ngan uolz tapi uolz pulak yang terover feling nak menyelesaikannya... so uolz sebenarnya kena elakkan benda macam ni... mungkin uolz x sedar atau pura2x x sedar yang uolz ada masalah pembawa stress yang tidak perlu dalam hidup anda..kang x pasal2x uolz dapat high blood pressure di usia yang masih muda...

contohnyer.. si A bff ngn si B... satu hari si B ditinggalkan kekasihnya... lalu si B pun jumpa n nangis sampai biji mata terkeluar kat si A.. sebagai kawan si A ini sangat marah terhadap bekas kekasih si B dan sedaya upaya memikirkan jalan untuk membalas dendam kepada bekas kekasih si B bagi pihak si B....

ni contoh yang paling senang dalam kehidupan kita semua kan.. yelar.. kata bff.. sama2x naik sama2x turun..sehidup semati susah senang sentiasa bersama..hanya kubur terpisah... ok fineeee kalau uolz nak dengar masalah dia...jadi pendengar setia itu wajib dilakukan sebagai bff n menunjukkan simpati dan empati kita kepada kawan kita... cukup disitu peranan kita sebagai kawan..ni x.. uolz pulak kan yang bersungguh2x x tidur malam memikirkan cmana nak bagi lesson kepada ex bff kita tu... dah jadi stress kita plak... yang tu masalah peribadi kwn kita.. so biarlah dia yang selesaikan masalah dia..walaupun kita ikhlas nak menolong tp kena ingat yang tu masalah  mereka berdua.. kita cuma perlu mendoakan yang terbaik untuk mereka.. entah2x sbnrnya uolz nak ambik kesempatan balas dendam ngn ex bff uolz tu sbb uolz pun pernah suka org yang samakan dulu tapi dia pilih bff uolz plak..pembalasan si pitung gitue... hahahhahahaha...

adakah anda dalam kalangan orang yang mempunyai unnecessary stress??jika anda berperangai seperti desrkipsi dibawah..kemungkinan anda adalah geng pembawa  unnecessary stress

selalunya orang yang sangat peka terhadap keadaan sekeliling sangat terdedah kepada permasalahan ini. sebabnya orang yang sangat peka terhadap keadaan sekeliling mereka adalah seorang yang sangat responsive..dalam hal kerja.. dia boleh memberikan maklumbalas dan tindakan yang segera.. oleh kerana kepekaan mereka terhadap persekitaran mereka.. tendency untuk menjadikan masalah orang lain sebagai masalahnya jugak tinggi...

sebenarnya stress ni x lar total destruction kepada diri kita kalau kita handle dengan betul dan amount stress tu sesuai dengan keadaan yang terjadi... memotivasikan diri pun ada stress yang kita letakkan pada diri kita.. tapi tak berlebihan dan bersesuaian dengan apa yang kita nak capai...

dengan ini iolz menyeru kepada semua agar buanglah stress,tekanan dan seumpanya yang tidak perlu dalam hidup anda demi kehidupan yang sihat..insyaallah umur panjang sbb x kena penyakit yang related ngn stress kan....

sekian sahaja dari bilik pengarang






Jumaat, 9 Januari 2015

Tips mudah elakkan kencing manis

salam sejahtera dan salam 1 malaysia uolz

pa habaq naa?? iolz harap semua sihat belaka... nak godek2x ngan uolz semua apa plan weekend korang.. well iolz tengah memikirkan lagi.. ada lar  2-3 dalam list tuk dibuat hujung minggu ni...  sbnrnya iolz tengah rasa bersalah dengan diri sendiri sebab baru je melantak burger daging special kat gerai abg dekat ngan kawasan rumah... jam 1.00 pagi terbangun dari tidur indah... pa lagi.. melantak lar kan...huhu..sangat gaya hidup tak sihat.. jangan amalkan yer uolz..sekali-sekala boleh lar kot.. tapi apa2x pun burger kat kedai abg tu memang sedap...menyimpang dari tajuk kan.. xpe ni mukadimmah je...

ok lazimnya semua orang tau ... kencing manis atau diabetis terjadi sebab pengambilan gula yang berlebihan dalam badan, well at least ni lar yang generally orang bukan medical background tau kan.. tapi kalau nak faham atau nak tau lebih lanjut macamana tejadinya kencing manis.. silalah tngk video kat bawah ni dulu yer:




                                                        (credit to :amrulbulans Mat)

iolz bukan nak jual produk ni yer.. just nak share kat korang penerangan bagaimana terjadinya kencing manis and jenis2x dia.. sbb iolz nak terangkan pun iolz x reti sangat ngan medical terms ni..hehehe...

bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.. so kat sini iolz nak share tips simple but practical bagi mengelakkan pengambilan gula secara berlebihan ataupun kurangkan pengambilan gula dalam badan.Jangan ingat kita tak ambil minuman manis.. kita x consume gula..even dalam nasi pun contribute gula dalam badan tau... so ada beberapa tips yang x melibatkan cara saintifik n sangat2x mudah... cuma kena disiplin diri n samada kita nak atau pun tak...tips ni iolz dapat daripada Research Officer kat KKM..

1. Kalau uolz jenis yang memang suka minum manis.. x boleh dalam satu hari x pekena nescafe ice.. x kisah yang bancuh sendiri atau 3 in 1... ada x korang buat jadikan dia cair.. macam contoh... 1 paket 3 in 1 tu tp uolz buat dalam gelas besar.. so konon2x air tu nanti rasa tawar..kurang gula lar kononnya.. nope u wrong... kandungan gula dia tetap sama je uolz.. dah rugi uolz ,,minum air tawar kan.. sbnrnya,.. better uolz buat je pekat2x.. sbb nanti uolz akan puas dengan rasa manisnya... jadi secara psikologinya kita x craving nak minum lagi.. tapi uolz kena lar limit2x juga pengambilan minuman manis..so iolz suggest minum lar waktu pagi... n elakkan ambik waktu malam... kalau boleh disiplinkan diri..sekali sehari lagi ok.... the rest of the day..minumlar air kosong.

2. Invest good mug kat atas meja kat ofis atau meja study.. kalau uolz yang suka merayau merata tempat..belilar tumbler... kenapa?? ok..uolz beli mug yang bertutup..then isi lar air kosong n letak atas meja uolz... kalau kita tngh buat kerja atau study mesti malas nak gerak ke pantri atau dapur nak ambik air atau buat air..so secara paksarela uolz akan minum dari sumber air terdekat.. simple but praktikal.. x percaya??isnin ni bila sampai kat ofis uolz cubalar buat k..

3. yang ni selalunya terjadi kepada geng2x diet nak kurus... bila order makan kat restoran instead of having milo ice atau nescafe ais... nak order fruit juice.. kang tengahari makan buah lagi.. malam x makan nasi buah gak..buah dan terus buah..suka naaa ngan buah kan... ok..pengambilan buah dlm pemakanan mmg bagus.. pembekal vitamin katenyer...sat kulit cantik,,, pelawas sistem penghadaman... tapi tahukah uolz buah pun ada kandungan gula yang tinggi gak..lebih2x lagi kalau kita jadikan dalam jus..sbb kita telah meghancurkan serat dan kandungan lain buah tu.. n yang kita minum dlm bentuk jus buah memang total fruktosa  je... jadi kalau musim buah tu kenalar kawal nafsu and ambik dengan ala kadar je...

ini adalah tips simple yang iolz nak share ngan uolz... alhamdulillah sampai la ni..kandungan gula iolz check masih dalam paras normal... tp uolz kenalar disiplin kan diri.. kurangkan minuman berkarbonat.. dan senaman..... 30 minit sehari pun cukup...kurangkangkan gula dalam minuman.. tambahkan manis dalam senyuman.. selamat mencuba uolz

sekian sahaja dari bilik pengarang

Khamis, 8 Januari 2015

cinta seorang teman, luahkan atau pendamkan???

Hello uolz.. apa khbr semua?? Hope semua sihat dan gembira di tahun 2015.. welcome sheep goodbye horse.

Bagi yg bergelar student tu iolz nak ucapkan selamat menjalani peperiksaan.Dont tension2x..jngn stress.. insyaallah ..result akan meletup punya.. kan dah 1 sem pergi lecture..gitueee… teringat zaman study dulu.. waktu exam ni bukan semangat nak exam.. tapi fefeling dah ada kat kampung.. sabar yer uolz… focus tuk exam dulu….

Hehehe..btw hari ni iolz p melepak jap ngn mafrens..melepak  wktu lunch hour okkk..bkn wktu office hour.. iolz ni bukan spesis ular yer… hahaha.. seperti kebiasaan klu melepak ni… x kisah lar time kopi2x ke.. teatime ke.. dinner ke.. lepak warung atau lepak kat shopping mall kew..kalau dah nama pun lepak mesti lar ada gossip “ing” time kan. Dipendekkan cerita,1 of the topic yang hangat diperkatakan pasal hati & perasaan. Yelar tahun baru kan..ada lar azam baru kengkawan iolz ni yang nak update status pergi in a relationship.. masalahnya malu nak meluahkan perasaan.. al maklumlar kwn iolz ni ratu2x kebaya semua.. malu2x gitu.. masih berpegang kpd prinsip takkan perigi yang terhegeh-hegeh nak cari timba. nak menambahkan rasa malu kwn2x iolz ni sbb crush ngn kwn sendiri katanyer.hahahhaa… like kwn like iolz jugak lar sbb dulu iolz pun pernah mengalami situasi yang sama..cehh #klmj lar plak..

Klu lar uolz berada dalam situasi mcm ni.. ataupun mmg pernah dah mengalami situasi ni? Apa yg uolz akan lakukan??

Jawapan Tipikal : Segan lar nak gtau dia.. iolz rasa better jadi kwn je.. sbb nanti klu confess dia x nak ngn i.. nanti jadi awkward plak. Better jadi kwn je.. iolz lagi sayangkan hubungan kitorang sbgi kwn… biarlah iolz pendam sebuah cinta ini…


Ataupun jawapan macam ni :Iolz x tau mcmana nak gtau dia.. xpelar.. harap satu hari nanti dia sedar yang iolz ni mmg dah ada hati kat dia… gitueee…


Haishhhh.. pph sangat punya jawapan.. ooo fyi…PPH tu maksudnya perempuan penuh harapan… so far inilah jawapan2x klisheyy yang iolz terima n jwpn klisheyyy dulu2x waktu iolz masih dlm mode malu2x kucing….tapi itu dulu lar.. skrg ni xde dah macam tu.

Bagi iolz lar kan, kalau kita berada dalam situasi ni… iolz menggalakkan sangat agar uolz bgtau je feling uolz kat insan yang bertuah yang uolz berkenan tu. Hal ini adalah kerana bagi mengelakkan terjadinya perkara seperti berikut (fuhhh..gila skema ayat):

1. Kalau kita pendam sebuah cinta ni, sbnrnya kita dah buang masa kita. Ingat waktu berjalan dengan pantas, time n tide wait for no man . contohnya, uolz dengan rela hatinya menunggu si dia bertahun-tahun dan menyulam angan-angan indah kononnya 1 day nanti uolz akan bersatu dalam sebuah mahligai indah. Tup tup dapat undangan perkahwinan daripada si dia… komfom lagu pelamin anganku musnah dendangan azie berkumandang di kepala uolz kannn… dah lar tunggu dia lama, akhirnya jadi milik orang plak tu..ish ish… yang paling penting ..umur uolz tu makin bertambah..bukan berkurang…

2. Yang ni bahaya sikit… kalau lar sbnrnya si dia tu menyedari yang uolz suka dia.. tp dia xde perasaan pun kan uolz… I mean mmg dia anggap uolz ni BFF dia.. kemungkinan besar dia akan ambil kesempatan ke atas uolz,nak-nak uolz yang jenis obvious..suka belanja tu lar.. belikan ni lar.. bagi yang tu lar… haaaaaa.. habislah uolz..kemungkinan besar uolz dah di ambil kesempatan oleh si dia. Yalar..kononya uolz kan jd pendengar yang setia..bff gitue..sumtime kalau dia ada masalah ngn gf/bf dia…mesti dia cari uolz.. sbb dia tau uolz boleh comfort kan dia… n uolz pa lagi..bagai nak rak mendengar dan mengadvise masalah dia..padahal dalam hati makdal (makan dalam). So be carefull ya kalau uolz dalam situasi mcm ni..takut uolz terjerat dengan perasaan sendiri n end up jadi besfren ngan air mata.

3. satu lagi sebab lain adalah bila uolz dah minat ngn sumbody.. uolz ada tendency x nampak sbnrnya ada je orang yang minat uolz tapi uolz dah dibutakan dengan perasaan uolz yang membuak-buak terhadap si dia..nanti jadilar ayam terlepas tangan bau tahi.. yang dikejar x dpt..yang dikendong berciciran.. hampehhhhh.


Itular antara sbb musabab kenapa perlunya uolz mengumpulkan kekuatan untuk meluahkan rasa cinta uolz kpd si dia. Jangan malu..jangan segan.. kita tak tau selagi tak cuba.. lagipun ada 3 je kemungkinan yang terjadi after uolz konfess....





yang pertama uolz mungkin akan jadi pasangan kekasih a.k.a kapel. Manalar tau sbnrnya si dia tu pun memendam rasa tp sama gak macam uolz yang malu2x kucing nak luahkan perasaan uolz. So y not uolz mengorak langkah..kot2x hubungan korang akan sampai ke jinjang pelamin.. amin.





kalau x jadi kekasih pun mungkin korang akan jadi kawan. Kawan as kawan..bukan teman tapi mesra ataupun  fren with benefit. So uolz takdelar di awang-awangan..hidup dalam mimpi sebab uolz dah tau sbnrnya dia anggap uolz macam kwn je. Tak nak jugak anggap sbgi kwn?? nak fren with benefit jugak..hurmmmn ..terserah uolz lar kan... at least dapat rasa sedap sikit jadilar kan... haaa.. bukan sedap benda lain k.. sedapkan rasa hati sendiri... no yellow-yellow meaning k


ok yang ni outcome yang least feveret.. kemungkinan hubungan korang akan jadi awkward teruihhh..dalam erti kata kasar sikit putus kawan...sedih kan kalau jadi mcm ni... x sangka dia putus sahabat terus ngn uolz.. padahal uolz lar yang berada di sampingnya ketika susah senangnya..tawa dukanya.. siang dan malamnya.. di luar dan dalam biliknya (hahhahaa..opss sensored). Ketahuilah uolz bahawa sbnrnya selama dia berkwn dengan uolz...dia mmg nak gunakan uolz je.. so jngn sedih yer.. patutnya uolz gembira sebab in the end uolz tau true color dia




so uolz fikir-fikirkanlah ... sementara masih dalam mode awal tahun ni.. mungkin tahun ni uolz nak mulakan hidup yang baru... apa2x pun iolz ucapkan all da best yer untuk uolz.. ingt jangan tunggu lama-lama .. nanti dikebas orang...

sekian sahaja dari bilik pengarang

Sabtu, 3 Januari 2015

resolusi tahun baru..azam baru... perlu atau x??

Salam uolz.....

terlebih dahulu iolz ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakyat malaysia walau dimana jua uolz berada. Beberapa hari dah kita di tahun 2015 ni, mesti uolz semua ada terima soalan apakah azam baru,resolusi tahun baru dan macam2x lg soalan yang satu family dengan soalan2x tadi kan3x? kalau x kena tanya pun maybe uolz sendiri dah gtau thru FB resolusi uolz tahun.Iolz pun ada gak resolusi a.k.a azam baru tahun ni n salah satunya nak bergiat aktif dalam dunia blogger,so harap sunbae2x dlm dunia blog ni boleh lah bagi tunjuk ajar kat iolz tentang mcmna nak jadi blogger yang bertauliah.

hookay ..berbalik kepada tajuk yang iolz nak sampaikan ni,perlu ke nak ada azam baru bagi every single year. Ada kwn iolz tu dia ckp every year kita sbnrnya different person sbb tak kan sepanjang hidup kita still berada di takuk yang sama n ada plak yang ckp x perlulah azam baru.. sbb kita hidup mmg dah ada tujuan masing2x. hurmm itu kata kwn2x iolz n bagi iolz semua pandangan dorg tu btl..sbb itu kan pandangan dorang ...

bagi iolz plak...iolz lbh menyokong ke arah perlu untuk kita ada azam baru...sbb bagi iolz at least kita ada sumting yang kita target untuk tahun tu.. cuma dalam kita menanam impian dengan target yang nak dicapai ni.. kenalar benda tu realistik dan boleh dicapai dalam kemampuan diri kita. Kang kita berazam nak sampai ke bintang..alih2x masih gak duduk kat dapur menonong kat langit....

jadi perlu atau tak kita ada resolusi?? terserah pada diri masing2x ye dok???

sekian dulu dari bilik pengarang...

p/s: kalau rajin...share lar juga pandangan korang yer...:)

Tips Bercuti Ke WP Labuan

Hello uolz...salam sejahtera dan salam 1 Malaysia Untuk kali ni iolz nak gtau sikit pasal satu tmpt yang agak rare orang ketengahkan (pada...